7 sebab mengapa anda perlu baca buku ini.

Ingin baiki kehidupan dari masa gelap tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana?

arifahasna
3 min readNov 15, 2020

Aku percaya kita semua pernah rasa penat dengan hidup, rasa fed-up nak give-up dan nauzubillah rasa macam nak mati. Satu demi satu masalah yang kita hadapi. Tak pernah habis. Hidup makin serabut dan tiada hala tuju. Sampai satu tahap anda akan berfikir, kenapa aku hidup?

Ataupun kadang-kadang anda sedar, selama ini anda hidup dalam kemaksiatan yang membuatkan hidup anda jadi tunggang-langgang. Jadi anda pun ingin berubah menjadi manusia yang lebih baik. Namun anda tidak tahu bagaimana hendak bermula?

Anda teringin sekali mempunyai support system yang betul-betul nak bawa anda kearah kebahagiaan yang sebenar, tetapi dimanakah ia?

Alhamdulillah aku telah menemui jawapan kepada soalan-soalan di atas di sebuah jalan, iaitu jalan tarbiyyah.

Anda pernah dengar perkataan tarbiyyah?

Di sini aku ingin highlight 7 jenis reaction manusia bila dengar perkataan tarbiyyah:

1.“Apa itu tarbiyyah? Tak pernah dengar pun? Penting ke tarbiyyah ni?

2. “Tahu tarbiyyah tu apa. Aku tahu apa itu tujuan hidup (TH). Selalu sangat dengar”.

Persoalannya, sejauh mana kita betul-betul faham TH kita dan adakah kita betul-betul berbuat apabila kita sudah tahu?

3. “Tarbiyyah ni tak best”.

For those yang ada rasa macam ni, aku dulu pun sama. Tetapi kenapa kita ada mindset macam ni? Mungkin daripada pengalaman kita sendiri yang telah membuatkan kita tersalah anggap terhadap makna tarbiyyah yang sebenar.

4. “Alhamdulillah, saya sudah berada didalam tarbiyyah tapi proses tarbiyyah saya dihalang oleh ibu bapa dan keluarga.”

Tak tahu macam mana hendak buat apabila proses tarbiyyah kita dihalang oleh insan yang paling kita sayang? In Sha Allah ada caranya.

5. Apabila di tanya mengapa nak join tarbiyyah? “Saya nak join tarbiyyah sebab tak nak sesat masa kat oversea nanti ataupun saya nak cari ketenangan and I want to fill the emptiness in my heart”.

In Sha Allah anda semua akan mendapatkan apa yang anda inginkan dan harapkan daripada tarbiyyah ini bi iznillah.

Akan tetapi tarbiyyah tidak mengajar untuk bersikap individualistik hanya untuk mancapai keinginan individu. Tarbiyyah is more than that.

Persoalannya, kenapa anda memilih jalan tarbiyyah sedangkan kita boleh sahaja tengok ceramah di YouTube, Facebook dan banyak lagi platform majlis ilmu online?

6. “Saya masih tak nampak the big picture of tarbiyyah itself? To what extent I need to grow in this way?”

7. “How to deliver Islam to non-muslim? Are we matters to them?

Aku yakin anda semua pernah terfikir tentang soalan-soalan yang aku ajukan diatas.

In Sha Allah, semua persoalan-persoalan di atas ada jawapannya. Namun sejauh mana kita sudah mencari jawapan tersebut?

Di sini aku mahu rekomendasi satu buku yang bertajuk “Beginilah Tarbiyyah Mengajarkan Aku” tulisan Nabilah Hassan.

Di dalam buku ini menjelaskan apa itu tarbiyyah dan beliau menceritakan pengalaman beliau sendiri tentang nikmatnya join tarbiyyah ni. Beliau juga ingin menjelaskan salah faham masyarakat tentang tarbiyyah ni.

Bagi anda yang sangat menginkan pengetahuan tentang tarbiyyah, buku ini sentiasa menanti ana.

Ayuh, dapatkan sekarang!

--

--